Monday, March 21, 2011

Pelaburan Amanah Hartanah Bumiputera

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernahkah anda melihat atau mendengar tentang Pelaburan Hartanah Bumiputera di iklan oleh Maybank. Sebenarnya pelaburan jenis ini amatlah berbaloi juga kerana dividen akan di bayar dua kali setahun. Dan saya ta pasti kadar dividen dia berapa. tapi pelaburan ini adalah berdasarkan nilai hartanah. maklum sajalah nilai hartanah kini kian meningkat dari semasa ke semasa. Tambahan pula jika kawasan itu kawasan elit.

Ciri-ciri
* Minimum buka akuan 500 unit = RM500.00
* Had umur 18 tahun di bawah 18 tahun harus ada penjaga
* Tiada buku disediakan pelangan hanya di berikan slip
* Kekerapan pengeluaran sekali sebulan
* Had minimum belian tambahan 100 unit = RM100.00
* Mesti ada akaun Mayabank utuk pengkreditan dividen

Untuk makluman pelaburan ini akan ditutup penjualanya sekiranya dana sudah habis terjual. jadi kepada sesiapa nak pelaburan masa hadapan cepat-cepatlah beli yerr

Sekian

Wednesday, January 26, 2011

Pelaburan Secara Pinjaman



Pelaburan dalam Pinjaman macam mana ye..huhu emm pernah tak anda terdengar atau terbaca iklan mengenai pinjaman pelaburan ASB di Maybank..em kalau pernah ok lah tu kan. Pinjaman ini khas untuk Kaum Bumiputera yang mempunyai Akaun Amanah Saham Bumiputera dan yang bekerja atau pun tidak bekerja. Anda boleh lah Buat Pinjaman secara Loan di Maybank.

Ianya terpulang kepada anda nak pinjam berapa. dan tempoh bayaran adalah berdasarkan nilai pinjaman yang di buat. pinjaman maximum ialah sehingga 200 ribu kerana dalam akaun ASB pelabur tak boleh lebih daripada 200 ribu. Dinasihatkan pinjam dalam masa 10 tahun kerana lagi kurang tahunya interest lagi rendah sebab masaklah kan nak bayar kadar interest lagi.Mahunya nak ikat sampai 25 tahun huhu, tapi terpulang kepada anda.

Kebaikan dan Keburukan

Daripada apa yang saya tengok, iaitu berdasarkan penyata tahunan yang dihantar, kadar interest yang dikenakan oleh pihak bank agak tinggi ye..ini adalah keburukan

kebaikanya ini boleh diatasai jikalau dividen yang dibayar oleh pihak PERMODALAN NASIONAL BERHAD itu tidak dikeluarkan. Contoh anda pinjam di Maybank 25,000 kadar dividen diberi dalam 2300 setahun, kalau tidak dikeluarkan selama 10 tahun. kira banyaklah juga kan. kerana dividen akan dikira dari baki semasa buku. tapi pelabur yang bijak akan mengambil kira peratusan inflasi di masa itu

Infasi

apa itu inflasi

10 tahun dahulu RM 1 = 3 cawan kopi
sekarang RM 1 = 1 cawan kopi bahkan dah tak dapat dah pun

Jadi itulah inflasi nilai mata wang jatuh dan kuasa membeli pun jatuh. jadi anda kena memastikan bahawa nilai pelaburan yang dapat pada masa hadapan haruslah bersamaan dengan jumlah kopi yang anda dapat sekarang.

buat masa ini itu saja yang dapat saya kongsikan. terima kasih...

TRACKING EXPENDITURE

Emm berdasarkan tajuk di atas pernah tak anda catat apa yang anda belanja dalam 1 hari emm ada yang pernah dan ada yang tidak pernahkan..apa pentingnya catat perbelanjaan harian..em sebenarnya bila kita catat perbelanjaan harian kita. Barulah kita tahu berapa purata duit yang kita guna dalam sebulan bahkan setahun.. caranya senang jer...

guna jer microsoft excell kan senang kan..set jer formula.. tak yah nak susah-susah..klu nak advanced pun blh juga.. caranya

1. Buat column khas untuk segala pendapatan bulanan
2. Set kan formulanya iaitu (+) semua jenis pendapatan
3. lepas tu setkan formula pendapatan (-) belanja.. maka dapatlah baki duit
4. lagi bagus (-) simpanan wajib dalam sebulan dlm buku kewangan stated 30% (suka hati)

ini sekadar cadangan kalau berminat buatlah yer huhu untuk mendisplinkan diri dalam berbelanja juga...lepas tu dapatlah tengokan duit tu pergi ke mana kannnn huhu

Thursday, January 13, 2011

Alor Gajah

emm cerita pasal Alor Gajah,,,Alor Gajah adalah sebuah daerah dibawah negeri Melaka..huhu yang agak besar dan cantik juga muahahah....emm apa yer yang ada kat Alor Gajah....

  • Afamosa Water World dan Cowboy Town(nak tahu masa pembukaanya Melaka kemarau hampir sebulan tuu...x tahu kenapa mungkin musim kot...)

  • Ada dusun paradise blh makan buah-buahan yang banyak....

  • Air Panas Gadek (yg beberapa tahun dulu dok tebiat jerr..sekarang dah ada tempat tidur lagii..

  • Pantai Kelebang dan Tanjung Bidara (no comment) muahaha

  • Bandar yang Banyak Lampu sama mcm bandaraya Melaka

  • Auyin Hill (tempat ni agak seram sikit huhu


  • macam2 ada jemput2 lah datang...
    tapikan perasan x klu dari bandaraya Melaka nak ke alor gajah gunakan jalan baru banyak Lampu Isyarat kan..emm tips nya ialah cuba anda kejar lampu isyarat pertama sebelum bertukar oren jika sempat. necaya lampu yang berikutnya akan hijau jer huhu ..tapi klu dah x sempat tu jagan plak kejar..nak kejar pun blh sb kan hospital Alor Gajah ada bannnyakkk Ambulance muahahah.. khas untuk wanita (Ambulance Pertahanan awam staff dia kat Ambulance tu jambu2 juga..al maklum orang baru...jadi sila kejar lampu yang dah bertukar oren tu klu nak jmpa...klu Ambulance Pertahanan Awam lah k.huahauhua....