Wednesday, January 26, 2011

Pelaburan Secara Pinjaman



Pelaburan dalam Pinjaman macam mana ye..huhu emm pernah tak anda terdengar atau terbaca iklan mengenai pinjaman pelaburan ASB di Maybank..em kalau pernah ok lah tu kan. Pinjaman ini khas untuk Kaum Bumiputera yang mempunyai Akaun Amanah Saham Bumiputera dan yang bekerja atau pun tidak bekerja. Anda boleh lah Buat Pinjaman secara Loan di Maybank.

Ianya terpulang kepada anda nak pinjam berapa. dan tempoh bayaran adalah berdasarkan nilai pinjaman yang di buat. pinjaman maximum ialah sehingga 200 ribu kerana dalam akaun ASB pelabur tak boleh lebih daripada 200 ribu. Dinasihatkan pinjam dalam masa 10 tahun kerana lagi kurang tahunya interest lagi rendah sebab masaklah kan nak bayar kadar interest lagi.Mahunya nak ikat sampai 25 tahun huhu, tapi terpulang kepada anda.

Kebaikan dan Keburukan

Daripada apa yang saya tengok, iaitu berdasarkan penyata tahunan yang dihantar, kadar interest yang dikenakan oleh pihak bank agak tinggi ye..ini adalah keburukan

kebaikanya ini boleh diatasai jikalau dividen yang dibayar oleh pihak PERMODALAN NASIONAL BERHAD itu tidak dikeluarkan. Contoh anda pinjam di Maybank 25,000 kadar dividen diberi dalam 2300 setahun, kalau tidak dikeluarkan selama 10 tahun. kira banyaklah juga kan. kerana dividen akan dikira dari baki semasa buku. tapi pelabur yang bijak akan mengambil kira peratusan inflasi di masa itu

Infasi

apa itu inflasi

10 tahun dahulu RM 1 = 3 cawan kopi
sekarang RM 1 = 1 cawan kopi bahkan dah tak dapat dah pun

Jadi itulah inflasi nilai mata wang jatuh dan kuasa membeli pun jatuh. jadi anda kena memastikan bahawa nilai pelaburan yang dapat pada masa hadapan haruslah bersamaan dengan jumlah kopi yang anda dapat sekarang.

buat masa ini itu saja yang dapat saya kongsikan. terima kasih...

No comments:

Post a Comment